Monday, January 7, 2008

MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU, JOHOR DT.- KUNJUNGAN KEDUA

JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 9.55 pg - 11.45 pg.

Dari laluan pejalan kaki menuju anjung masuk utama.
Pandangan dari dataran di sisi kanan masjid
Senibina
**Tidak ada data sebenar tentang arkitek masjid ini. Namun data sejarah mengatakan bahawa Juruteranya ialah Dato' Yahya bin Awaludin. Senibentuknya pula diawasi oleh Batwif Hj. Mohamed Arif bin Punak.
**Satu rangkaian senibina Islam Muslim Moorish, Persia & Klasik Eropah. Ciri-ciri senibina tempatan hampir tidak kelihatan.
**Bangunan utama masjid berbentuk segi empat tidak sama, memanjang ke qiblat & ditutupi dengan bumbung limas tunggal.












Pandangan menara di sisi kiri & kanan masjid
**4 buah menara yang menarik dibina pada setiap sisi bangunan utama. Menara di sisi kanan merupakan anjung masuk utama masjid. Menara ini & juga menara di sisi kiri mempunyai 4 aras yang berbentuk segi empat diaras bawah & aras 1 sementara bentuk segi lapan diaras 2 & 3. Ia disudahi dengan puncak yang berkubah segi lapan berwarna hitam. Katanya ini adalah ciri-ciri senibina Persia.
** Menara-menara tersebut diperindahkan dengan elemen-elemen senibina klasik eropah (lebih kepada era Renaissance) seperti `decorative mouldings', `entablatures' yang merangkumi `architrave, frieze & cornice', ornaments, decorative pillars, `balusters & balustrades' dan sebagainya. Pelengkung ciri Romawi (Roman arch) juga diterapkan pada aras bawah menara.
Ruang solat utama













Ruang dalaman
















**Tiang-tiang yang padat di luar & dalam masjid berciri Romawi adalah pengaruh Eropah Klasik era Renaissance
**Batu marmar asli yang digunakan sebagai lantai dalaman & tangga-tangga masjid adalah marmar yang di bawa masuk dari Italy.
**Mimbar(Altar) logam antik berwarna kuning keemasan & disudahi dengan ukiran halus & indah adalah mimbar yang dibeli dari Turki.
**Satu perkara yang berlainan pada masjid ini adalah dengan adanya "Tempat Bara ( Essence Burner)" yang ditempatkan di pintu masuk bahagian belakang dewan solat utama. Ianya berwarna kuning keemasan & dibeli dari negeri China.
**Tempat wuduk asalnya dibina disebelah bawah supaya kebersihan terjamin. Ianya terbuka tanpa dinding. Di situ juga disediakan satu ambin(bangku besar) untuk musafir berhenti rehat maupun tidur. Namun, setelah tambahan bangunan dilakukan, bahangian wuduk ditutup & dibesarkan. Tingkat atas dibina sebagai ruang solat tambahan.
**Keluasan masjid ini dapat menampung 3000 jemaah dalam satu masa.
**Diceritakan bahawa masjid ini dibina dengan adunan putih telur untuk menguatkan lagi struktur bangunan. Begitu juga pada masjid-masjid lama yang lain.

Pandangan sisi kiri, dari arah Selat Tebrau
Pandangan dari penjuru sisi kiri/hadapan, dari arah Selat Tebrau









Pandangan dari penjuru sisi kiri/hadapan & dari jalan Masjid S.A.Bakar.

Masjid ini begitu istimewa bagi Deri.
Ada rasa ketenangan jiwa.
Ada rasa sesuatu yang menusuk kedalam hati ketika berada di sini.
Pemandangannya indah, cuaca di luar yang panas tidak terasa bahangnya
bila berada di dalam...nyaman...
Waktu malam lagi terasa nikmatnya....

3 comments:

j said...

assalamualaikum, saya minta izin untuk menggunakan gambar2 tuan untuk assignment saya ya. saya akan kredit blog tuan dalam assignment saya.

Anonymous said...

assalam tuan, saya ingin memeinta izin untuk menggunakan gambar2 tuan di dalam atugasasn kajian saya. Saya akan kredit blog tuan dalam kajian saya.

Unknown said...

Salam mohon copy tuan

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez