Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 5.20 ptg - 5.30 ptg
Pandangan sisi kiri (anjung masuk utama)
Kalaulah tidak kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan blogger di situ, mungkin tidak sampai Deri kat tempat yang agak jauh juga dari jalan besar. Untuk ke Sedenak, kita perlu memandu lebihkurang 10 Km mendaki bukit melalui ladang kelapa sawit, dari jalan besar ke JB dari Pekan Air Bemban. Masa : 5.20 ptg - 5.30 ptg
Pandangan sisi kiri (anjung masuk utama)
Masjid As-Solihin ini tidak jauh beza bentuknya jika dibandingkan dengan sebuah banglo setingkat. Yang membezakannya adalah anjung konkritnya yang terdapat sebuah kubah berbentuk bawang besar/labu berwarna emas di atasnya. Terdapat juga sebuah menara kerangka besi keluli yang diletakkan sebuah kubah bawang kecil berwarna emas di puncaknya. Kedua-dua kubah inilah yang menyerlahkan keunikkan masjid ini.
Kawasan lapang di sisi kiri masjid di tarkan untuk kemudahan letak kereta. Masjid ini Deri kira memerlukan sedikit kos untuk dicat baru dibahagian luarnya kerana warna lamanya sudahpun pudar dan terkopek di sesetengah tempat, terutama di bahagian anjung dan dapur/tandas.
Pandangan sudut hadapan/sisi kiri (anjung masuk utama)
Mimbar
No comments:
Post a Comment