Tuesday, January 8, 2008

MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU, JOHOR DT.-KUNJUNGAN PERTAMA

JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2007
Masa : 6.30 ptg - 8.00 mlm.

Sejarah Sultan
Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Al-Marhum Temenggung Daeng Ibrahim (1833-1895) yang di gelar "The Father of Modern Johor" memerintah Johor dari 1862-1895. Baginda mendapat pendidikkan barat, selalu melawat eropah terutamanya UK & sahabat kepada Queen Victoria ketika itu. Baginda dikurniakan gelaran "Emperor of Johor (Maharaja Johor)" pada tahun 1868 dan ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1886.
Pada tahun 1885 Johor menandatangani perjanjian dengan UK & telah diiktiraf sebagai "Independent State", diberi mandat untuk memerintah dengan sendirinya. Tidak seperti negeri-negeri lain yang menerima pegawai British sebagai `Penasihat (Advisor)', baginda melantik pegawai British sebagai `Perunding (Consultant)' sahaja. Jadi, segala cadangan pegawai tersebut tidak perlu diterimapakai bulat-bulat. Baginda menaikkan bendera Johor lebih tinggi drpd. bendera British.


















Sejarah Masjid.

**Sebaik saja ibukota kerajaan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga di Singapura ke Tanjung Puteri, yang kemudiannya dinamakan Johor Bahru, sekitar 1866 oleh Sultan Abu Bakar, ekonomi mula berkembang pesat. Pelbagai bangunan dibina, termasuklah masjid yang indah ini.
**Dengan titah baginda, batu asas masjid ini diletakkan pada 26 Julai 1892 (1 Muharram 1310) dan kerja-kerja binaan bermula setahun kemudiannya (1893 @ 1311)
**Masjid ini siap & dirasmikan lapan tahun kemudiannya, iaitu pada 2 Februari 1900 (1 Syawal 1319), bermula dengan solat Jumaat.
**Ianya dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Ibrahim. Turut sama ketika itu ialah Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar bin Haji Mohamed, ayahanda kepada Dato' Onn Jaafar.
**Kos pembinaannya dikatakan mencecah $400,000.00 ringgit ketika itu.






















Lokasi masjid

**Di atas sebuah bukit kecil berhampiran dengan Pantai Lido yang menhadap ke Selat Tebrau, selat pemisah daratan Malaysia & Singapura.
**Di Jalan Masjid Sultan Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, bersebelahan dengan Zoo JB & Kompleks Islam Johor.
**Pemandangan menghala ke Singapura dari masjid ini amat mendamaikan.

Kunjungan kedua keesokkan harinya lebih menarik lagi.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez