Thursday, November 29, 2007

Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor DE



Tarikh tangkap gambaq: 16 Okt. 2007
Masa: jam 3.00 ptg


Tangga ke ruang solat di tingkat atas

Daghi puncak Bukit Fraser tughun pi ke kaki bukit dekat The Gap ada la 10 Km. Daghi situ pula dok pusing stereng kegheta ke kighi ke kanan sampai ke empangan Kuala Kubu, almost tak dak jalan lughuih, sejauh 30 Km. Sejauh tu la jugak Deri ghedah dalam ujan lebat yang teramat sangat. Nak beghenti pun tak dak tempat yang sesuai. Mata ni tak berqelip(tidak berkelip) pun, dok focus kat jalan ghaya, sambei(sambil) tu dok jeling2 sikit kat bukit sebelah kighi jalan, mana tau kut2 ada tanah ghuntuh ataupun pokok tumbang. Pengalaman yang sungguh menyaspenkan, tapi anak bini tak tau apa-apa....depa hanyut dalam mimpi masing2., tidoq sampai tak sedaq mana2. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke empangan, baghu jumpa jalan lughuih(lurus)...Apa lagi, tekan minyak la...konon nak pedeghaih(memecut) kegheta. Tut tut(tiba2), coihhh... kegheta polis keluaq mai daghi satu simpang. Deri kelih kok cerghmin(cermin) yang dia dok pedudun(kejar) kegheta kami. Seghupa macam dalam movie daa...Deri pun perpelan(perlahankan) kegheta, bawa dalam 70km/jam, buat bodo saja...Dia ikut lagi.....sampai lebihkughang 3km dia pun give up, teghuih patah balik. Selamat Deri....kalau tidak ni tergbang rm100 bayaq saman....


Sampai KKB Deri pi caghi mesjid Jamek ni sebab
dok kelih (nampak) menara dia daghi jauh lagi. Hujan tak beghenti lagi, masih lebat. Lepaih solat baghu pusing tangkap gambaq.

Masjid Ar-Rahimah dirasmikan pada 1 Nov. 2002 (25 Syaaban 1423) oleh DYMM Sultan Shariffuddin Idris Shah, sepertimana tercatit kat atas papantanda perasmian. Kigha umuq dia lebihkughang 5 tahun la. Tapi sayang sekali sebab atap dia dah bocoq sakan, betui2 kat ruang solat utama.
Ayaq ujan tughun macam ayaq terghjun(air hujan mencurah-curah bagaikan air terjun) kok celah salah satu`kipas pengudaraan' di kawasan berhampiran kubah. Habih basah lencun kapet(carpet). Kalau tengah solat Jumaat ujan lebat tughun, naya la sapa yang dok tang tu....Deri agak depa dah pebaik(perbaiki) dah kut la ni

Pandangan sudut hadapan/sisi kanan menuju ke ruang
wuduk dan tandas


Mesjid ni memang luas, boleh menampung kapasiti yang besaq. Agaknya pasai tu la Mesjid Ampang Pecah dah jadi lengang, seghupa macam tak dak oghang ambik pahadui dah. Selain daghi ruang solat muslimin & muslimah depa sediakan macam2 kemudahan lain kat tingkat bawah spt. dewan ,pejabat dan lain2 yang berkaitan. Senibina dia bulih tahun jugak. Sapa yang tengok dia tafsirlah sendiri.

Pandangan di ruang solat utama(atas) & ruang solat luar(bawah)

Nak bagi tafsiran tentang senibina ni kena oghang2 tertentu saja yang bulih. Kalau silap tafsir, hanguih(harus) kena semboq(sembur) dengan cabai bughung(cili padi) nanti. Kawan Deri ghamai jugak la yang jadi Arkitek. Masing2 kalau bagi komen tentang satu bangunan tak perghenah yang seghupa, mesti lain punya.....Peringkat Arkitek Ijazah cakap lagu ni, peringkat Master cakap lagu tu. Peringkat PhD pulak ceghita lagu lain. Yang lebih pada akademik kona kok ni...yang praktis arkitektur pula kona kok nu....Jaghang sekali yang sama pendapat depa. Nak tunjuk ego pun ada la jugak tu....

Mimbar kayu dekoratif

Seghupa macam oghang juai pasemboq jugak la. Kadang2 adunan dia tak sama walaupun bahannya sama jenih. Kuah pun lain2 ghasa jugak. Begitu jugak dengan oghang yang dok komen penyanyi. Oghang besa(orang biasa) macam kita ni kata mamat tu dah sedap sangat dah nyanyian dia. Tapi, oghang2 seni lain pulak komen depa. Tengok saja la konsert AF tu. Depa komen ada unsur2 professionalisme, mengambilkira perkara2 tertentu yang berkaitan dengan kesenian, pernafasan, lantunan sogha(suara), bla bla bla...Kita yang dengaq depa komen pun tak paham apa yang dihuraikan.


Lumrah alam.

Wednesday, November 28, 2007

Masjid Bukit Fraser,Pahang DM


Tarikh tangkap gambaq: 15 Okt. 2007
Masa: jam 4.30 ptg

Lepaih jalan meghata ceghok(merata ceruk), naik bukit tughun bukit, kona sini kona sana, Deri singgah mesjid ni untuk solat jamaq asaq & lehoq(`asar & `zohor). Ambik ayaq(air) sembahyang sejuk gedi(terlalu sejuk)....!!! Allhamdulillah, mesjid ni nampak `hidup' jugak la. Azan akan berkumandang bila masuknya waqtu solat. Dari segi senibina tu besa(biasa) saja, tak dak apa yang nak di ceghita. Luaq dalam sederhana segala-galanya.

Pandangan dari luar pagar masjid, dikawasan letak kereta
bersebelahan dengan Banglo Tioman & Banglo Bentong.



Mesjid ni adalah mesjid baghu menggantikan mesjid lama di atas bukit di tepi The Paddock, lebihkughang setengah km daghi situ. Depa kat situ bagitau Deri yang mesjid lama tu di bina dalam tahun 60an, kemudiannya ghetak, pasai tu la tak digunakan. Katanya bahagian yang ghetak tu adalah bahagian kubahnya (berbentuk payung....dok teghopong tapi tak beghapa nak kelih atas bukit tu) Deri cuba naik ikut tangga kok tepi bukit tu, tapi semak sangat sampai tak bulih nak ghedah langsung. Lalang tinggi nya mak datuk!!! Saspen nak lalu, mana la tau kut-kut berjhembab(bertembung) dengan ppsssss.....Ayon ajak pi jugak, tapi tak bulih la...membahayakan diri!! Dalam hati ni dok meghungut sakan, awat la depa tak peceghah sikit kawasan tu. Buat malu kompeni saja....







Masjid Lama di atas bukit bersebelahan dengan The Paddock.
Pikiaq dua tiga kali nak keghabat sampai atas.






Deri nak ceghita sikit ni...
Tengah dok solat, Deri tedengaq sogha(suara) oghang dok maghah anak dia dalam mesjid. Lecce(leceh) betui la depa ni....dalam mesjid pun hingaq(bising)....pekun betui...(perkataan untuk marah...pekak gitu). Mai ceghok mana punya oghang la....

Hilang khusyu' solat Deri yang tak berapa khusyu' ni...

Habih solat Deri kelih(nampak) soghang budak dalam umoq 15 tahun, (tapi badan besaq gabai) dok tegedang (terlentang) lepak kat pintu masuk mesjid. Setengah badan dok dalam mesjid, setengah lagi dok luaq masjid (ruang solat jugak). Yang gegham tengok tu pasai dia tak tanggai kasut......tu yang pak dia (mungkin jugak caq(atuk) dia) dok hingaq tadi ni. Tapi budak tu tak makan saman sikit pun. Cemuih(menyampah) betui tengok .... Apa lagi, Deri pun stare kat dia macam singa nak makan oghang (berlakon jer tu..). Nasib baik dia belah cepat, kalau tidak, ingat nak pi sound saja. Jenih telinga capang ni memang kena jentik sikit.

"SILA TANGGAL KASUT"
Namun ada juga yang tak faham bahasa !!!

Pandangan sudut hadapan/sisi kanan yang mungkin
memerlukan sentuhan cat baru

Mimbar kayu dengan seni ukiran yang sederhana


Sahaja aku niat iktikaf di masjid ini kerana Allah Ta`ala.

Monday, November 26, 2007

Masjid (Lama) Al-Hidayah, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor DE.

Tarikh tangkap gambaq : 15 Oktober 2007
Masa : jam 9.30 pagi


Pandangan hadapan masjid dari seberang jalan dan dari
celah-celah pohon besar yang memberikan kedamaian pada
mata & hati yang memandang.

Ghaya Posa tahun 1428 ni Deri kena beghaya ghumah mak mentua di Kuantan. Tahun lepaih dah beghaya di Peghelih. Tapi tahun ni mak mentua Deri pulak beghaya di KL dengan anak2 menantu dia yang lain sebab anak laki2 dia yang soghang ni eksiden. Mutu (motosikal) dia naik masa nak pi qajja(kerja) kena baghtuh (langgar) dengan kegheta. Kaki dia cedera, kena 16 jahitan. Jadi kami semua pakat beghaya di KL lah.......

Boring punya pasai, pakat bekigha la nak pi jalan2 makan angin di Fraser's Hill. Leeina teghuih(terus) buat booking pada haghi ghaya ke3. Tidoq satu malam kat sana pun jadi la....Malam sebelum pi sana tu Deri browse kat internet kut-kut bulih singgah kat mana2 mesjid(masjid). Itu yang terbaca tentang mesjid Ampang Pecah ni dalam artmelayu.blogspot tulisan Radzi Sapiee (syok browse blog saudara ni). Awai2 lagi dah pasang niat nak singgah tangkap gambaq(ambil gambar).

Nak caghi mesjid ni tak beghapa susah sangat. Kalau ikut jalan lama mai daghi KL /Rawang /Serendah dok tala pi(menuju) ke Kuala Kubu Baru(KKB), lagi 3 Km nak sampai KKB dah kelih(nampak) mesjid ni di sebelah kiri jalan sebeghang sungai. Jalan teghuih(terus) kedepan akan jumpa simpang pi kekighi ke Taman....(lupa pulak nama dia). Kona kok tu dan patah kekighi lagi, jalan teghuih....insya-Allah tak miss punya. Memang mesjid ni ada daya tarikan yang tersendiri. Dia punya surrounding tu lain macam saja kita ghasa...dibelakang dia hutan, didepan dia jalanraya & sungai. Sebelah kiri mesjid tu depa baghu dok peceghah(bagi terang) hutan. Ada la kelih derot & bekho(jentolak & backhoe) dok buat qajja....sunyi, tenang dan terasa aman. Tapi, kalau malam waqtu hujan ghintik2 tu tak tau la gena(macammana)....mesti ghasa seghun (seram & gerun) semacam lalu kok tu. Tambah lagi depan mesjid tu ada pokok besaq dua batang. Anak2 Deri tu penakut bedengung(sangat2 penakut). Bukannya bulih tengok keadaan macam tu. Bila habaq yang belakang mesjid tu ada satu kuboq, lagi la pakat dok qampon (mengecilkan diri) dalam kegheta.

Mesjid ni dibina pada tahun 1926 sepertimana terpampang kat menara dia. Senibina lama zaman British kut....senibina Moorish? Deri pun tak beghapa tau pasai ni. Kalau sapa2 yang ada info tentang senibina mesjid ni tolong la bagitau Deri, bulih dak? Kongsi2 la no....


Pintu pagar utama

Laluan masuk ke ruang solat dari pintu pagar begitu unik.

Mihrab & Mimbar kayu yang diukir dengan berseni sekali.

Dalam ruang sembahyang utama dia...fuiyoo...antik gitu. Chandeliers tu ghasanya yang ori kut. Kat luaq mesjid tu sayang sikit sebab bentuk & fasad asalnya terlindung dengan bangunan tambahan yang dibina agak `bersahaja', tanpa mengambil kira elimen2 senibina. Nak buat gena, mungkin jemaah ramai kut, dan kos nak tambah bangunan terlalu tinggi....Tapi yang Deri tengok ruang tambahan tu nampak macam tak beghapa ada oghang ambik pahadui (ambil peduli) pun, banyak sisa2 kelawaq. Kut laa ni ramai jemaah dah pakat pi solat kat Masjid Jamek Ar-Rahimah....kat pekan Kuala Kubu Baru. Lagumana(walau bagaimana) pun Deri harap depa jaga mesjid ni betul-betul sebab selain dari ia merupakan rumah Allah, senibina lamanya pun,perlu dipelihara. Bukan begitu?
Ruang solat utama dan chandelier yang sememangnya antik & ori.









Kalau nak tengok gambaq banyak lagi, cot tang ni.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez