Pandangan dari jalan masuk
Ketika berada di Masjid Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1, Deri bertemu dengan bilal masjid tersebut. Beliau menyarankan kepada Deri untuk bertandang ke Kg. Olak Sepam yg jaraknya lebihkurang 7 minit perjalanan dari Kg. Raja kerana katanya di sana terdapat sebuah masjid lama yg sudahpun ditinggalkan tetapi telahpun dipulihara olek pihak berwajib. Tanpa melengahkan masa Deri pun bertolak ke sana. Kampung ini terletak di penghujung jalan, di tepi sungai Muar yang ketika itu airnya melimpah keluar dari tebing. Pagoh baru saja lepas dilanda banjir dan Kampung Olak Sepam masih digenangi air sungai di beberapa tempat. pandangan
sana sini
sana sini
Sejarah masjid
Masjid ini telah dibina pada tahun 1931 di atas tapak masjid yang asal dan telah diperbesarkan 30 tahun kemudiannya. Air pasang & banjir besar yang melanda pada tahun 1971 telah menenggelamkan keseluruhan ruang solat masjid ini. Oleh kerana itu sebuah masjid baru telah dibina di satu tapak yang lebih tinggi untuk mengelak dari tragidi yang serupa berulang.
Setelah begitu lama ditinggalkan tanpa jagaan, masjid lama ini menjadi usang dan hampir musnah. Tindakan pintar yang diambil oleh pihak Jabatan Muzium & Antikuiti (JMA), mungkin daripada aduan orang-orang kampung yang perihatin, telah menyelamatkan masjid yang bersejarah ini dari musnah begitu saja. Kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) telah dilakukan dengan mengekalkan rekabentuk asalnya dan siap sepenuhnya pada 12 April 2003. Ianya kini menjadi salah satu dari warisan sejarah negeri Johor.
Masjid lama Kg Olak Sepam ini telah dirasmikan pada 14 Oktober 2003 (18 Sya`ban 1424) oleh Menteri Besar Johor ketika itu, YAB. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman.
Pandangan penjuru hadapan
Senibina masjid **Dalam pemerhatian Deri, masjid ini mempunyai pengaruh Inggeris pada struktur tiang dan dinding batu bata di bahagian luarnya sehinggalah ke dinding `parapet'nya yang dihiasi dengan`decorative precast concrete balusters'. **Sentuhan ciri-ciri senibina tempatan terletak pada pintu dan tingkap masjid sementara sedikit sentuhan senibina Aceh diterapkan pada bumbung dua tingkatnya yang beratap genting marsille.
**Kelihatan unjuran `lidah' yang agak ringkas pada 4 penjuru bumbung atas serta tunjuk langit sepertimana yang terdapat pada masjid-masjid di Melaka.
**Menara yang menonjol keluar dari bumbung belakang masjid tidaklah begitu ketara dari segi ketinggiannya. Bentuknya empat segi sama, dikelilingi dengan balustrade (mungkin konkrit) dan berkubah bentuk buah pear di puncak bumbung konkritnya.
**Hanya sebuah sahaja kubah yang sederhana besarnya menghiasi masjid ini pada bahagian atas bumbung mihrab.
**Bahagian dalaman masjid dipenuhi dengan tiang-tiang konkrit yang agak dekat jaraknya. Jarak bersih antara lantai & siling hanya lebihkurang 3.5 meter sahaja. Lantainya disudahi dengan lepa simen dan siling bahagian tengah masjid disudahi dengan kayu jalur.
** Tingkap kayu mempunyai jeriji kayu dekoratif di paras bawah, satu penerapan ciri-ciri senibina rumah melayu lama.
** Keseluruhannya masjid ini agak `simple', berbentuk empat segi panjang dengan bahagian mihrab saja yang terkeluar, tetapi sangat unik serta menarik sekali.
Ruang solat
Ruang solat
Tingkap ala rumah melayu lama
2 comments:
melihat senibina dan keaslian masjid ini, terasa amat rindu utk berkunjung. saya dr KL berasa masjid zaman skrg tidak menarik walaupun mahal harganya.
zeff>> masjid-masjid di luar bandar yang kecil & sederhana besarnya membuatkan fikiran kita lebih tenang bila beriktikaf di dalamnya seharmoni dengan kedamaian suasana luarannya.
Post a Comment