Friday, February 15, 2008

MASJID NEGARA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg

Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh
Sejarah & konsep masjid
Sebulan sebelum hari Kemerdekaan, Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terhadap segala jasa beliau kepada rakyat.Niat ini diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja selepas kemerdekaan dan setelah dibina Tunku tidak mahu masjid ini dinamakan sempena nama beliau. Beliau mencadangkan ianya dinamakan `Masjid Negara'.

Tugasan diberikan kepada satu kumpulan arkitek dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang diketuai oleh Baharuddin Abu Kassim (Dato). Selainnya ialah, Hisham Al-Bakri (Dato) & Howard Ashley (UK). Kajian dilakukan terhadap masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, UEA & Sepanyol.
Akhirnya terlahirlah sebuah masjid yang mempunyai identitinya sendiri & yang terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Rekabentuknya moden, dihiasi dengan corak keislaman sambil ada penerapan nilai-nilai senibina tempatan. Rekabentuk moden yang agak unik ini mencakupi ekspresi kontemporari dalam seni kaligrafi & ornamen tradisional Islam.

Kalau dilihat dari penggunaan konkrit tetulang pada keseluruhan struktur masjid, mungkin boleh Deri katakan ianya melambangkan kekuatan & keteguhan rakyat Malaysia selepas merdeka.

Bentuk puncak menara azan & bumbung beropol & bersegi dewan solat utama melambangkan kesetiaan, dipadan dari rupabentuk payung diraja. Menara memberi gambaran payung terkuncup manakala bumbung berupa payung terbuka.

Masjid ini melalui tempuh 2 tahun untuk menyiapkannya iaitu dari tahun 1963 hingga 1965 dan menelan belanja sebanyak 10 juta ringgit.

Lokasi Masjid
Terletak di kawasan seluas 13 ekar di Jalan Perdana, Bandaraya Kuala Lumpur. Ia diapit oleh Bangunan-bangunan Stesen Keretapi (lama) KTM, Kompleks Dayabumi, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung & Taman Tasik Perdana. Bangunan masjid sahaja merangkumi kawasan seluas lebihkurang 3-5 ekar. (Nota: patut la Deri pecah peluh sakan mengambil foto sekeliling masjid...ketaq lutut2... )
Senibina masjid
**Paling ketara pada penglihatan kita adalah menara azan & bumbung(kubah) dewan solat utama masjid. Menara yang berdiri megah di tengah-tengah kolam air pancuran di tingkat atas itu menerjah hingga mencapai ketinggian 245 kaki (73 meter). Lif bertingkap kaca disediakan di dalamnya untuk membawa penumpang ke aras pentas menara pada aras 140 kaki. Tangga pilin juga disediakan. Puncak menara dikemaskinikan dengan mozek kaca putih (white glass mosaic)
**Bumbung/kubah dewan solat utama berbentuk payung kembang, beropol 18-segi dan dibina dari konkrit tetulang. Warna asalnya adalan merah jambu. Selepas pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1987, ianya ditukar kepada mozek kaca hijau & biru. Bumbung ini berukuran 84 kaki tinggi, 200 kaki garispusat dan disokong oleh 16 batang tiang konkrit (3 ka. garispusat). Tiap-tiap tiang berturapkan terrazzo.














Fasad
Luar













**Ruang solat utama seluas 22,500 kaki persegi dapat menampung seramai 3000 jemaah. Disediakan 3 buah pintu besar & sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Bumbung beropol di atasnya memantulkan cahaya kemerah-merahan di siang hari.
**Mihrabnya telah diubahsuai dari bersegi kepada melengkung dan bertatahkan ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Mimbar pula dibina dari kayu berukir.
**Galeri di aras mezanin dikhaskan untuk muslimah. Galeri ini dihiasi dengan kekisi awan larat bercirikan kebudayaan Islam & dipengaruhi oleh masjid Taj Mahal & Patehphur Sikri di India.
**Ruang solat limpahan yang merupakan beranda/serambi masjid boleh menampung jemaah sehingga 5000 orang. Ruang ini terlindung dari luar oleh tirai kekisi aluminium dengan terawang awan larat keislaman. Lantainya disudahi dengan terrazzo manakala bumbungnya yang dibina dari konkrit tetulang mempunyai beberapa buah kubah kecil yang disudahi dengan mozek biru.
**Satu ruang berbumbung konkrit beropol 7-segi dibina disebelah barat masjid. Ruang ini dinamakan Makam Pahlawan di mana ianya merupakan tempat persemadian 7 orang tokoh-tokoh terbilang di Malaysia. Di bahagian luar makam tersebut merupakan tanah perkuburan Islam untuk orang-orang ternama.
**Lain-lain kemudahan yang disediakan termasuklah Dewan Persidangan, Perpustakaan, Pejabat, Bilik Diraja, Bilik Imam dll. Tandas, bilik mandi & ruang wuduk yang luas dibina diaras bawah. Dewan Persidangan ditempatkan disebelah barat masjid dengan bumbung yang berombak-ombak. Dewan ini dapat menampung kira-kira 500 orang.
**Aras bawah masjid diperindahkan dengan lanskap yang menarik. Kolam yang dibina memanjang & air pancuran yang disediakan begitu mempesonakan. Pokok-pokok palma juga banyak ditanam.

RUANG SOLAT LIMPAHAN








Ruang solat
limpahan












RUANG SOLAT UTAMA






Ruang solat
utama















MAKAM PAHLAWAN






Makam
Pahlawan












LANDSKAP







Landskap




















Landskap






No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez