Bila sampai saja kat Muar, masa dok kat atas jambatan sungai Muar tu dah nampak dari jauh mesjid ni. Di seberang sana pula nampak tersergam indah masjid Sultan Ismail, ia itu replika masjid Sultan Ibrahim ini, cuma ia lebih besar dan gah.
Berhenti sat kat bandar, call Hafiz tanya dia macammana nak menuju ke mesjid tu sebab jalan dia banyak jalan sehala. Dah dapat petunjuk tu, sekali gus saja pandu, sampai la Deri ke destinasi
Macam tak percaya Deri dah sampai kesini..... Seghonok bukan main.
Sayang sikit sebab masa tu ada kursus motivasi remaja....jadi penuh dengan kereta. Tak dapatlah nak ambil good shots. Anyway...ia tak lah menjejaskan sangat `sessi fotografi' Deri.
Angin dari laut bertiup agak kencang sampai tangan dok pegang kamera ni pun tak stabil. Habih satu mesjid tu Deri keliling. Ruang dalaman pun habih ronda. Hajat nak panjat ke menara, tapi masa tak mengizinkan. Kalut nak pergi JB sebab mem besaq ada temujanji dengan seseorang. Memang best aura mesjid ni....feel....... tak dapat nak ceghita. Rasa nak mai sekali lagi, insya-Allah...Senibina dia memang hebat!!!
Mimbar kerangka
logam
dekoratif
yang antik
logam
dekoratif
yang antik
Ruang
solat
tambahan
solat
tambahan
Kolah
Info masjid :
*Di bina pada sekitar 1927
*Dirasmikan oleh Tengku Mahkota (Sultan Ismail) pada 28 Feb. 1930.
*Senibina Inggeris berbumbung limas beratap genting lama.
*Parapet yang agak tinggi sekeliling bangunan.
*Di hiasi dengan tiang roman diluar & dalam.
*Lantai marmar putih di ruang solat tambahan
*Ruang wuduk terbuka, tidak berbumbung di atas kolah besar berbentuk bulat
*Mimbar logam antik. (kena cari maklumat)
*Dirasmikan oleh Tengku Mahkota (Sultan Ismail) pada 28 Feb. 1930.
*Senibina Inggeris berbumbung limas beratap genting lama.
*Parapet yang agak tinggi sekeliling bangunan.
*Di hiasi dengan tiang roman diluar & dalam.
*Lantai marmar putih di ruang solat tambahan
*Ruang wuduk terbuka, tidak berbumbung di atas kolah besar berbentuk bulat
*Mimbar logam antik. (kena cari maklumat)
4 comments:
salam,
my arwah grandfather was an imam there. the masjid used to be in white and eggshell linings colour.
my dad said masa perang jepun, masa susah makan he used to tangkap udang tepi tebing masjid masa tu sungai blm ada tembuk batu.
pokok asam tu is roughly abt 82 approx years old.
kolah tu bila kami balik kenduri selalu air takde we mandi kat masjid aja. mencangkung bawah pai p tu.
dulu masjid terjaga dan bersih ie tak pokok tumbuh atas bangunan dan air kolah tak sehijau sekarang.
my dad used to say he used to mandi dlm kolah masa dia kecik kecik dulu.
well it was a memory.
my uncle used to mengajar mlm jumaat kat situ, until a week before he passed on. dia ex kadi besar johor in the 70s.
Alhamdulillah .. terjumpa lak web ni. Rasanya memang dah lama tak solat kat Masjid Sultan Ibrahim. Yelah, semenjak tinggal diperantauan. Memang nyaman bersembahyang dan bertahajjud di situ.
Insya-Allah kalau dipanjangkan umur, akan singgah dan solat di situ.
assallamualaikum...teruskan mewarnai minda dan mewangikan persekitarannya .
Alhamdulillah.
Indah senibina masjid lama. Tapi dicemari dengan warna yg bukan dari zamannya. Sang arkitek sudah membayangkan dan menginginkan warna tertentu ketika rekaan masih diatas kertas lagi. Warna² moden terlalu "menjerit" hingga menghilangkan ketenangan yg ingin digarap oleh sang pereka.
Post a Comment