Thursday, January 24, 2008

MASJID SULTAN SULEIMAN, KLANG, SELANGOR DE

KLANG, SELANGOR
Tarikh: Ahad 30 Disember 2007
Masa : 10.15 pg - 12.05 tgh

Pandangan hadapan
Pandangan sudut hadapan/sisi kanan
Sejarah masjid
Masjid ini telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke 5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhorkan sebagai Masjid Diraja Klang.


Pandangan sisi kanan
Pandangan sudut hadapan/sisi kiri
Lokasi Masjid
Masjid ini terletak di Kampung Jawa, Klang, berdekatan dengan Bukit Istana & Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Makam Diraja Klang turut ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini.

























Pandangan
sana sini




















Senibina Masjid

**Terpegun sebentar Deri bila memandang kepada rekabentuk masjid ini, sangat menarik sekali. Konsep rekabentuknya agak berlainan dari mana-mana masjid yang pernah Deri kunjungi. Dari hasil bacaan, ada yang mengatakan ianya mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina Inggeris. Ada pula yang mengatakan ianya berkonsepkan Art Deco. kerana elemen dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan masjid juga menjurus kepada Art Deco.
**Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur (tidak keemasan) Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah yang lebih kecil
**Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning di puncaknya.
**Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend.
**Masjid ini boleh menampung lebihkurang 1000 jemaah dalam satu masa.
**Masjid yang ada sekarang ini telahpun melalui beberapa proses pengubahsuaian dalaman & dikawasan `courtyard' bangunan asal. Rekabentuk asalnya bagaikan sebuah palang seperti yang selalu digunapakai dalam pelan gereja-gereja di Eropah. Namun sekarang bentuknya sudah kelihatan seperti segi empat.

**Ruang solat utamanya berbentuk oktagon (segi lapan) di bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras keduanya boleh diakses dengan `catladder'. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif dibawah kubah digunakan untuk menyokong `gelas warna' yang disusun ber`pattern'. Apabila cahaya matahari menembusi kubah, kilauan warna-warni akan terpancar di atas lantai ruang solat. Ianya memberi satu impak yang amat menarik.
**Serambi asal masjid juga berbentuk oktagon. Dari ruang solat utama ianya dicabangkan ke empat arah - mihrab, anjung masuk sisi kanan, anjung masuk utama & ke tempat wuduk di sisi kiri, berdekatan dengan Makam Diraja.




Ruang solat
utama








Laluan masuk




Tempat wuduk






Kubah

Laluan ke tempat
wuduk



Mimbar







Mihrab




Mimbar





**Tempat wuduknya adalah yang asal, tetapi kolah wuduk telahpun diubahsuai. Kolah yang asal berada pada aras tanah. Kolah sekarang telah dinaikkan keparas 600mm dan disediakan pili air.
**Pintu pagar besi dekoratif di setiap laluan masuk ber`arch' adalah yang asal.
**Lantai asal disudahi dengan marmar putih dengan kambi (skirting) marmar setinggi 400mm. Sayang sekali ianya telah ditutupi dengan jubin baru.
**Mihrab telah diubahsuai. Mihrab asal berlantaikan marmar dan mempunyai pancaran cahaya lampu dari lantai tersebut. Sekarang ini, seperti semua masjid-masjid di Malaysia, ruang solat utama sehingga ke mihrab disudahi dengan permaidani. Dinding mihrab disaluti dengan plaster gypsum dekoratif .
**Mimbar kayu keras dengan susur tembaga asli dekoratif adalah yang asal.
**Gelas-gelas berwarna yang terdapat di bahagian atas dinding ruang solat utama adalah yang asal. Ini adalah ciri-ciri rekabentuk gereja-gereja Eropah.
**Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang luas & disediakan rumah petugas-petugas masjid serta wakaf.




Butiran
anjung





Arch




Pagar besi



Deri amat berterima kasih kepada insan
yang memberi banyak info tentang masjid ini
ketika melakukan lawatan.

Tuesday, January 22, 2008

MASJID ALAEDDIN atau MASJID BANDAR, JUGRA, KUALA LANGAT, SELANGOR DE.

KUALA LANGAT, SELANGOR
Tarikh: Ahad 13 Januari 2008
Masa : 12.00 tgh - 12.50 tgh
( Nota : tarikh tertera di foto tidak betul )

Pandangan sudut hadapan/sisi kananPandangan sudut hadapan/sisi kiri
Sejarah Jugra
Jugra?
Tidak ramai yang tahu di manakah letaknya pekan tersebut. Malahan rakyat negeri Selangor sendiri terpinga-pinga apabila saya bertanyakan tentang lokasinya. Sayang sekali, bagaikan dilupakan begitu sahaja pekan kecil yang amat bersejarah ini.


Jugra terletak di daerah Langat, lebihkurang 10 minit perjalanan dari Pekan Banting. Dahulunya ia merupakan pusat pentadbiran negeri Selangor selepas dipindahkan dari Kuala Selangor & sebelum berpindah ke Kuala Lumpur & kemudiannya ke Shah Alam. Ia pernah menyediakan pelabuhan untuk kapal-kapal yang memudiki Sungai Langat dari Selat Melaka dalam misi perdagangan.

Jugra juga merupakan tempat bersemadinya Al-Marhum Sultan (Sir) Abdul Samad ibni Al-Marhum Raja Abdullah iaitu sultan Selangor yang ke 4 (marhum Jugra). Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, KL yang sangat popular itu telah diberi nama sempena nama baginda.
Pandangan sudut belakang/sisi kiri
Pandangan sudut belakang/sisi kanan
Sejarah Masjid
Masjid Sultan Alaeddin ini dikenali juga sebagai Masjid Bandar. Ianya dibina semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan (Sir) Alaeddin Sulaiman Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, iaitu sultan Selangor yang ke 5 (1863-1938) Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar bersebelahan dengan tapak masjid. Data tentang arkitek masjid ini tidak diketahui.


Lokasi Masjid

Masjid ini dibina di Kampung Bandar (sekarang Kampung Bandar Bersejarah), Kuala Langat, Selangor, lebihkurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Banting

















menara & kubah













Ruang solat
terbuka















Senibina Masjid

**Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.

**Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.

**Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.

**Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.

**Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.
Ruang solat utama


Ruang solat






Mimbar







Ruang
solat







Mihrab





Menara




Masjid ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah
di bawah Akta Bendapurba pada
24 Julai 1980.



Monday, January 21, 2008

MASJID JAMEK KAMPUNG AIR MANIS, BT. 30, KULAI, JOHOR DT

KULAI, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 5.38 ptg - 5.51 ptg

Pandangan sudut hadapan/sisi kiri (anjung masuk utama)
Dalam perjalanan pulang dari Sedenak, setelah melewati Pekan Air Bemban, Deri singgah di Masjid Jamek Kampung Air Manis yang terletak di sebelah kanan jalan. Masjid ini Deri dah nampak semasa melalui jalan yang sama untuk ke Sedenak tadi. Dari segi senibina masjid, tidak ada apa-apa yang istimewa. Segala keperluan asas untuk sebuah masjid disediakan.

Pandangan sisi kiri (anjung masuk utama)
Ruang solat utama

Mimbar





Tabung antik
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez